Donut gebu
Resepi asal: Facebook
Bila I post kejadian donut ni kat Facebook dan cakap pasal resepi donut ni mudah, cepat dan sedap dan yang paling penting sekali donut ni lembut serta gebu sampai ke petang, ramai yang komen kata ohhh tulah donut kampung diorang kata. Ehh I tak tahu pula donut ada kampung ada bandar. Hahaha
Tapi apa-apa pun jom tengok resepi. Resepi ni I dah divide siap-siap kuantiti dia ikut isi rumah I. Senang I nak refer untuk kemudian hari :-)
Bahan-bahan:
- 250g tepung gandum
- 1 sudu kecil yis (11g yis bahagi 4)
- 1/2 sudu makan ovallete (gandakan kuning telur kalau tak ada ovallete, so I selalu skip yang ni dan gandakan kuning telur je)
- 1 biji kuning telur (kiraan yang telah digandakan sebab tak guna ovallete)
- 1/2 sudu makan gula
- 1/2 sudu makan marjerin (kalau tak ada boleh guna minyak masak je)
- Secubit garam
- Air - kuantiti air agak-agak jadi ambil setengah cawan je dulu
Cara-cara:
- Larutkan yis dan gula ke dalam 1/2 cawan air suam dan biarkan seketika.
- Gaul sebati tepung gandum, marjerin, kuning telur, garam dan ovallete.
- Tuangkan larutan yis tadi dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. Kalau doh keras lagi, boleh tambah air sedikit demi sedikit.
- Tak payah tunggu kembang, boleh terus canai adunan doh tersebut menjadi bentuk donut. Boleh guna kretiviti masing-masing macam mana nak hasilkan bulat kalau tak ada acuan donut. I guna acuan je senang.
- Lepas dah siap canai, biarkan kembang dalam 10 ke 15 minit. Ataupun boleh je nak tunggu lebih lama kalau belum rasa nak goreng.
- Goreng dalam minyak yang banyak dengan api perlahan supaya donut masak sepenuhnya.
- Angkat dan salutkan dengan apa sahaja topping kegemaran korang. Siap!
Nota:
Untuk adunan ni, I boleh dapat dalam 10 biji donut size sederhana.
Comments
Post a Comment